Wednesday 17 August 2011

FESTIVAL BUBUR LAMBOK DAN BUBUR PEDAS DI KABONG.












Kabong-15 Ogos 2011. Bertempat di Perkarangan Market MDS Daerah Kecil Kabong telah berlangsung Festival Bubur Lambuk dan Bubur Pedas Sempena Sambutan Bulan Ramadhan.Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.B Tuan Haji Abdul Wahab Bin Aziz.Penyerahan Bubur Lambuk dan Bubur Pedas telah disempurnakan oleh Y.B Tuan Haji Abdul Wahab Bin Aziz.Sebanyak 100 bungkus bubur telah diagih kepada penduduk kampung.Program ini di anjurkan bersama oleh Seberkas dan BERNAS dengan kerjasama Jabatan KEMAS,JKR,Pertanian,Penerangan dan Jabatan-jabatan lain.     

zura zulimi.........

Tuesday 5 July 2011

SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ UNIT BINA INSAN DAN UNIT CPM KEMAS P.205 SARATOK






5 Julai 2011- Gerigat. Unit Bina Insan & Unit CPM telah mengadakan Majlis Sambutan Israk & Mikraj bertempat di Kelas Bina Insan Kpg. Gerigat ( Surau Lama ).Ceramah telah disampaikan oleh Us. Zulkhibri Bin Hj. Jarawi (PBI).Sebanyak 30 orang telah hadir dalam majlis tersebut yang terdiri dari peserta Kelas Bina Insan,Kelas Leterasi Fungsian dan Kelas Jahihan. Majlis diakhiri dengan jamuan dan bacaan doa selamat.

Friday 8 April 2011

PROGRAM DISKUSI ILMIAH DI MASJID KG MELAYU ROBAN

ustaz Zulkhibri Jarawi dalam sesi ceramah Agama
Khamis, 7hb April yang lalu berlansunglah lagi satu program anjuran unit Bina Insan KEMAS SARATOKdi Masjid Kg Melayu, Roban. Majlis yang bermula jam 7.00 malam selepas solat magrib dengan sembahyang berjemaah dan dikuti bacaan yasin. Ustaz Zulkhibri Jarawi seterusnya memulakan ceramah Agama bersama jemaah yang menyentuh pelbagai urusan dunia dan kaitan Akhirat dan tuntutan sebagai seorang Islam. Majlis begitu meriah bila dihadiri oleh kira-kira 50 orang penduduk kampung Melayu diakhiri dengan diskusi atau perbincangan secara terbuka dengan jemaah. majs berakhir kira-kira jam 9.30 malam selepas solat isyak berjemaah.